Perbezaan teknikal Pengguna berdaftar

Secara umum, sesiapa pun boleh menjadi pengguna berdaftar dengan membekalkan sesetengah akuan, tertakluk kepada syarat laman itu, misalnya umur atau langganan. Akuan yang biasa termasuk nama pengguna (atau e-mel) dan kata laluan. Selepas itu, seseorang pengguna dapat mencapai maklumat dan hak yang tidak diberikan kepada pengguna tak berdaftar (biasanya dikenali sebagai "tetamu"). Perbuatan memberikan akuan yang wajar kepada sesuatu laman dikenali sebagai pengelogan masuk atau mendaftar masuk.